13 April 2014

Dunia Baru

Coretan ini bukan hendak menunjukkan kematangan cuma luahan dari hati. Dulu lain sekarang lain, itu yang pasti berlaku pada setiap kita kerana dalam masa berlalu akan berlaku perubahan. Pelajar kepada pekerja, bujang kepada orang yang sudah berkahwin. Begitu juga kepada diri ini yang akan akan berevolusi kepada dunia baru dunia pekerjaan. Bersyukur diberi nikmat untuk merasai alam pekerjaan. Tidak semua orang merasai apa yang dirasai. Ada yang masih mencari kerja, ada yang sudah bekerja tapi ingin pekerjaan yang lebih baik dan ada juga yang malas bekerja. Terpulang pada diri untuk menilai.

Gambar hiasan

           
Sebagai seorang yang baru dalam alam kerja memang banyak dugaan. Tempat tinggal, kenderaan, rakan sepejabat, masyarakat dan banyak lagi. Semua dijadikan ukuran. Seperti tidak mampu untuk meneruskan apa yang ditetapkan. Namun, ukuran itu bukanlah penghalang untuk terus berjaya di masa depan. Tidak boleh dinilai dahulu sebelum berada dalam keadaan itu. Dugaan yang sentiasa menjai igauan ialah ilmu. Cukupkah ilmu ini untuk dikongsikan kepada masyarakat? Masyarakat pastinya mengharapkan yang terbaik. Mampu atau tidak pasti dilalui. Terfikir kenapa tidak mengambil peluang yang ada ketika mana ilmu datang kepada kita. Mungkin diri tidak berada pada tahap yang sepatutnya. Masa lalu tidak akan kembali. Moga selepas ini diri bersedia dalam dunia baru.

            
Mengharapkan segala perancangan berjalan seperti yang dihajati. Percaya pada diri bukan percaya pada hawa nafsu. 
 
© Copyright 2035 Fareed Kadir
Theme by Yusuf Fikri