31 July 2011

iktibar kacang hijau

Burung besar yang terbang di udara itu asalnya daripada sebiji telur. Orang yang tidak berbuat apa-apa boleh berkata apa-apa sahaja. Nampak orang bermain bola di padang lalu katanya ‘kenapalah main macam tu,patut la tak menang’. Hakikatnya, walaupun dia pernah bermain, maka itu bukan bermakna dia bebas berkata apa-apa. Jika dia tahu untuk memenangi sesuatu itu perlu ada kesungguhan yang tinggi. Kerana kesungguhan penting untuk menggapai kemenangan.
Orang begini pastinya tidak akan kemana-mana. Dia akan statik pada kedudukannya sebagai pemerhati dan pengkritik. Jika dia sedar sejak dulu pasti sekarang dia sudh berjaya. Cakapnya pandai,hujahnya kadang-kadang bernas tetapi suatu apapun tidak pernah terhasil dengan baik olehnya.
Kena lihat setiap sesuatu yang besar itu bermula daripada sesuatu yang kecil. Kebanyakan orang kaya asalnya orang biasa,pemimpin asalnya seorang rakyat biasa.

Pesakit : Doktor,tolong saya.Sebiji kacang hijau masuk ke dalam telinga saya
Doktor : Wah,ini sukar sekali. Perlu teliti mengeluarkannya, kalau tidak dalaman telinga awak boleh cedera.
Pesakit : Apa susahnya doktor,sebiji kacang hijau je...
Doktor : Kalau begitu, awak masukkan air ke telinga,tunggu hingga tumbuh, senang-senanglah awak cabut.
Sama-sama kita renungkan.*

1 comments:

The Everyting In My Life said...

hahaha...doktor, tadi saya makan telur ikan...apa sy nak buat ek?kena tunggu ikan besar pastu jd stok makanan setahun dlm perut?hahaha

 
© Copyright 2035 Fareed Kadir
Theme by Yusuf Fikri