26 September 2012

Setiap amalan itu kita yang tentukan

ilmu itu kita boleh dapat bila kita niat dengan betul..even bukan dalam kelas pun kita boleh dapat.hari ni saya sangat setuju bila ust cakap yang kita keje ni dapat pahala..tapi bukanlah keje camtu je..yang penting kita niat tu hanya kerana Allah..berapa ramai yang kerja hanya sekadar kerja dan berapa ramai yang kerja berserta niat?tepuk dada tanya diri masing-masing..

saya sendiri pun selalu kerja camtu je..xsempat nak niat pun..tapi bila lepas dengar ust tazkirah tadi, dapat motivasi..insyAllah berterusan..kalo dah biasa buat ia akan jadi kebiasaan..jum sama-sama berubah ke arah kebaikan..bukan senang nak ajak orang berubah..orang mesti tengok diri kita dulu..haha..

berbalik pada niat tadi..Dari Ibnu 'Abbas, Rasulullah SAW. bersabda, "Sesiapa yang berniat untuk berbuat kebaikan tetapi tidak mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya 1 kebaikan (pahala) yang sempurna, jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan untuknya 10 hingga 700 kebaikan, bahkan boleh lebih banyak lagi. Sesiapa yang berniat berbuat kejahatan tetapi tidak jadi mengerjakannya, maka Allah akan menulis 1 keburukan (dosa) untuknya." (HR Bukhari & Muslim)
.


perbezaan sesuatu perbuatan tu kita sendiri yang tau sebab niat kita bukannya orang lain boleh nampak..kita sendiri yang boleh rasa kita sendiri yang tahu..kan?jadi, lepas ni sama-samalah kita berniat sebelum buat sesuatu..niatkan hanya kerana Allah..insyAllah...

jangan hanya jadi manusia yang baik jer, jadilah manusia yang lebih baik dan sentiasa berubah ke arah kebaikan..maaf ye kalo ada yang x setuju dengan saya..saya ni hanya manusia biasa kan..haha..

ikhlas dari hati:maaf semua!!

0 comments:

 
© Copyright 2035 Fareed Kadir
Theme by Yusuf Fikri